Followers

Wednesday, October 11, 2017

Study Life


" tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih. bersusah-susah lah dahulu, bersenang kemudian. jadilah warga yang berguna kepada teman, masyarakat jua negara. " 

lirik lagu di atas mempunyai maksud yang sangat mendalam. saya suka mendengar lagu tu, kerana ia mampu memberikan inspirasi kepada saya dalam menimba ilmu. lebih2 lagi apabila saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)


di sini saya ingin menceritakan bagaimana saya boleh masuk ke KMPh. ianya bermula dengan result saya yang tidak begitu memuaskan. hahaha. semuanya lari dari target. pada mulanya saya tidak berniat langsung untuk melanjutkan pelajaran di matriks kerana bagi saya matriks ni susah, pelajaran cepat dan silibus banyak. yeee, semua orang tahu dan fikiran saya serba sedikit dipengaruhi oleh orang sekeliling saya. tanggapan orang luar terhadap matriks melambang segalanya apabila saya mula masuk ke sini. saya masuk ke sini juga bukan dengan kerelaan hati saya dan bukan juga paksaan daripada mana2 pihak. namun, saya tidak boleh buat apa2 kerana saya tidak mendapat tawaran UPU dalam bidang yang saya inginkan. saya inginkan kos Diploma in Pharmacy, tapi saya dapat kos Diploma Teknologi Maklumat ( Keselamatan ). ibu saya cadangkan supaya saya masuk ke matriks kerana dalam keluarga kami, dah ada dua orang yang ambil kos  Teknologi Maklumat. abah saya pula mencadangkan saya untuk masuk ke matriks kerana cita2 untuk jadi Pharmacist, memerlukan saya belajar dalam bidang Sains Tulen. kakak dan abang saya juga menyokong cadangan ibu dan abah saya. maka, saya pun pasrah menerima nasib ini. hahaha. tapi sebelum saya masuk ke matriks, saya telah membuang segala fikiran2 negatif saya terhadap matriks dan saya think positive and just follow the flow.



apabila saya masuk ke matriks ini, saya rasa sangat sunyi kerana hanya saya seorang berada di sini. sedangkan mereka yang lain ada ex-classmate dan ex-schoolmate. saya pula tidak ada sesiapa di sini yang saya kenal. saya selalu jalan sorang2 dan duduk berdiam diri. masuk hari ketiga di sini baru lah saya mula rasa berani untuk berkomunikasi dengan orang lain terutamanya roomate saya. hehe. bila masuk minggu pertama belajar, saya tak rasa stress lagi. sebulan kemudian baru saya rasa stressnya belajar di matriks. saya selalu menangis kerana takut tak dapat bawa subjek2 kat sini. bila saya rasa stress, saya kembali kepada Allah. saya akan mengadu pada Dia dan saya akan ingat pada kedua ibu abah saya. saya pujuk hati saya sendiri untuk teruskan perjuangan ini sehingga selesai. 


saya merupakan salah seorang pelajar yang jarang balik kampung. saya cuma akan balik kalau cuti yang diberikan adalah lebih daripada tiga hari. setiap kali balik kampung dan ingin kembali semula ke matriks, saya akan nangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu abah saya. hati saya remuk bila kena pisah dengan mereka. setiap kali nak berpisah, abah saya selalu memberi nasihat dan dorongan kepada saya untuk teruskan perjuangan ini. saya rasa terharu dan bertekad untuk berusaha dengan sebaik mungkin untuk membanggakan mereka dengan kejayaan yang bakal saya perolehi. saya cuma perlu percaya pada kebolehan diri saya sendiri sepertimana kedua ibu abah saya dan lecturer2 saya percayakan kebolehan saya. saya akan ingat segala nasihat daripada mereka semua dan jadikan ianya sebagai satu semangat untuk saya teruskan perjuangan ini.saya percaya saya boleh lakukanya! 



" your positive action combined with positive thinking results in success "
" in order to succeed, we must first believe that we can "

 " there's no elevator to success, you have to take the stairs "

#FIGHTFORPSPM!